Monday, March 7, 2011

Badminton + Pontianak Pokok Kelapa


kisah ini masih m'gisahkan kisah2 syaitan yg menjelma ke wajah2 hantu yang digeruni oleh manusia2 tidak kental keimananya dan semangat juangnya. selepas kisah hantu?? Selipar?? satey?? dan kisah Mata Merah & skodeng.... kali ini aku ingin mceritakan kisah "badminton + Pontianak pokok kelapa..", kisah ini juga berlaku di kwsan rumah aku.

kisahnya bermula pada zaman aku masih kanak2, tlh menjelma 1 fenomena "sukan badminton" dikwsan kejiranan rumah aku. yang menjadi fenomena ialah budak2 yang kegilaan bersukan badminton ini suka melaksanakan aktivtinya pada waktu malam. fenomena ini sangat2 luar biasa pada zaman itu.

port gelanggang badminton yang menjadi sasaran ialah gelanggang dihdapan rumah aku!! :) zaman itu rumah aku ada 2 bahagian : 1) rumah papan 2) rumah batu.. rumah papan itu dikosongkan dan aku sekeluarga duduk di rumah batu tersebut. memandangkan rumah papan itu kosong, maka ianya menjadi port2 budak2 nie tidor setelah kepenatan bermain badminton..

nak dijadikan cerita, pada malam itu, budak2 nie bemain dengan penuh semangat, siap disediakan air kopi utk menahan ngantok.. setelah semua puas bermain, diorg semua bersepakat utk bermalam dirumah papan tu.. yang menjadi masalahnya, pojie (nama budak) nie xnak tidor dirumah papan itu, dgn alasan takut emaknya marah.. setelah dipujuk rayu oleh geng2 nya, dia pun bersetuju utk bermalam disitu..

selang beberapa minit, pojie terjaga dari tidurnya... rupanya2 dia x lena tidurnya krn memikirkan kemarahan emaknya yang dihamburkan pada esok pagi. dengan nekad dan azamnya dia bangun untuk pulang kerumahnya yg selang 2 @ 3 buah rumah dari rumah aku. lalu dia berjalan berdingkit2 utk tidak menganggu tidur budak2 yang lain... "klu sedar, kompem kene tidur semula la kan..."

lalu pojie menuju ke pintu dan membukanya perlahan2... usahanya itu membuahkan hasil, lalu dia terus menuju ke tangga... tiba2!!!!!........... langkahnya terhenti, dia merasakan ade orang sedang memerhatikanya dari dekat!!!! dia toleh semula ke pintu, harap2 budak2 nie tidak sedar... dan tiada siapa2 dipintu.. lalu dilihatnya ke halaman rumah dan gelangang badminton.. tiada sesiapa... !!!! hatinya tidak keruan... lalu dia nekadkan hatinya terus turun ketangga...

hinggalah tangga terakhir!!!! langkahnya terhenti semula..... hatinya tiba2 berdegup kencang seperti keldai berlari... hemm.... dengan pelahan2 dia menoleh ke kanan dan kiri. tiba2!!!! wujud 1 objek yang dia sendiri x mampu nak lihat!!! dicelah2 pohon kelapa dan diantaranya wujud pokok melur dia melihat sepasang mata merah, gigi taring dan rambut panjang mengurai... kakinya kaku sebentar, lalu terus lari seribu masuk semula ke rumah papan tu.........BERSAMBUNG!!!!!

p/s : korg cube teka cmne penghujung citer nie... hahahahaa
same2 lah SENTIL kan diri... hahaha :)


No comments:

Post a Comment